Search This Blog

Wednesday, October 20, 2010

tapai resepi tradisi

tapai memang juadah yang sering dihidangkan pada musih hari raya. boleh dikatakan mak akan membuat tapai pada setiap tahun dan aku juga bernasib baik kerana mak mertuaku juga pakar membuat tapai. Cara pembuatan tapai bagiku pada suatu ketika dulu amat melecehkan. bukan apa, banyak pantang larang yang perlu diikuti jika mahukan tapai yang manis, putih dan sedap. ketika membuat tapai, orang yang sedang datang bulan (period) tak boleh join sama, pembuat tidak boleh terkentut, tidak boleh meletakkan apa jua makanan yang mengeluarkan bau yang kuat seperti durian, belacan dan lain lain lagi. hinggakan pada suatu ketika dulu, aku tidak berapa meminati TAPAI....
 zaman berubah.... mengenai dan mendekat cara pembuatan tapai disebelah timur membuatkan aku terpanggil untuk mempelajarinya.  tiada pantang larang yang tak masuk dek akal yang perlu dipatuhi...aku mulai menyukai tapai kerana aku sendiri pada masa ini, sudah master membuat tapai...nanti akan aku uploadkan cara pembuatan tapai beserta gambar cara pembuatannya. hemmm rakan - rakan sekerja juga menyukainys dan memuji-muji kebolehan aku membuat tapai diusia lewat 20-an....hehe...senang yo....kalau guna cara mak aku,...takdalah kawan2 sek aku merasa tapai air tanganku...

No comments:

Post a Comment